通告:鸠收2013年度家教协会年捐


致:全体家长 / 监护人                                                                                          

鸠收2013年度家教协会年捐

非常感谢各位家长过去的配合与支持,缴付年捐,以便理事会展开各项惠及学生的活动。理事会乃根据章程及常年大会之议决案,推展和资助各项计划和活动,包括儿童节、常年运动会、各项庆典经费、颁发六年级检定评审(UPSR)奖励金、学生激励讲座、家长讲座会、学校参加校外比赛的经费、学校所进行的各项比赛及活动经费、资助贫寒学子家庭、美化校园、增添及维修学校设备和其它开销,均需要大笔经费来维持与推动。家教协会活动基金,有赖于家长们的慷慨解囊,热烈捐助。

2.学校学生人数从2008年启用时的340位,逐年增加至目前约2300位,因此,各项活动尤其是儿童节、运动会、学生奖品、各项奖励金等,都需要大笔的基金来支持。这两年来,学校学生在所参加的校外比赛中,均有令人鼓舞的成绩。而且,去年六年级检定评审(UPSR)的成绩也有振奋人心的进步,从56.25%进步了19%而达到75.25%。理事会将继续给与校方支持和配合,并在能力范围内给与资助,让学校继续进步,迈向有特色和优良文化的卓越学校。

3协会根据常年大会之议决案,向每个家庭鸠收年捐五十令吉(RM 50.00) 作为家协活动基金,多惠益善,谨此呼吁各位家长慷慨捐助,以便各项计划和活动都能成功推行,让孩子们在快乐与舒适的环境中求学。谢谢!




Kepada :
Ibu bapa/Penjaga                                                                                                                            


KUTIPAN SUMBANGAN TABUNG PIBG

Terima kasih atas sumbangan dan sokongan para ibu bapa dan penjaga pada tahun-tahun lepas.  Dengan sumbangan dana tuan/puan, jawatankuasa PIBG telah dapat menjayakan pelbagai kegiatan yang membawa manfaat kepada anak murid sekolah ini.  Jawatankuasa PIBG melaksanakan aktiviti dan program mengikut perlembagaan PIBG dan keputusan Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun.  Aktiviti dan program yang dijalankan termasuk Hari Kanak-kanak, Hari Sukan Sekolah, pelbagai majlis, ganjaran kecemerlangan UPSR, ceramah dan kem motivasi untuk ibu bapa dan murid, bantuan penyertaan murid dalam pertandingan luar sekolah, bantuan perbelanjaan pertandingan dalam sekolah, bantuan kepada murid-murid miskin, perbelanjaan keceriaan sekolah, penambahan dan baikpulih kemudahan sekolah dan lain-lain perbelanjaan.   Punca kewangan PIBG adalah bergantung kepada sumbangan ibu bapa / penjaga supaya segala kegiatan dapat dijalankan dengan lancar.

2.  Sejak sekolah ditubuhkan pada tahun 2008, bilangan murid kian bertambah.  Dari jumlah seramai 340 murid hingga ke sekarang enrolmen murid telah mencecah 2300 orang.  Perbelanjaan PIBG pun kian bertambah.  Sejak dua tahun yang lalu, murid-murid sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang pertandingan di luar sekolah.  Selain itu, prestasi pencapaian UPSR yang lulus semua mata pelajaran pada tahun lepas telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% iaitu dari 56.25% pada tahun 2011 hingga mencapai 75.25%.  Jawatankuasa PIBG akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha mencapai prestasi yang lebih cemerlang agar mencapai hasrat menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang berprestasi tinggi.

3.  Mengikut usul yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung, Sumbangan Tabung tahunan ibu bapa /penjaga ialah sekurang-kurangnya sebanyak RM 50.00 bagi setiap keluarga.  Tuan/puan digalakkan memberi sumbangan yang lebih atas kemampuan masing-masing.

Berharap tuan/puan akan memberi kerjasama agar memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.