通告: 课外活动通告

致: 全体家长


课外活动通告


1.  四、五及六年级课外活动事宜

1.1        根据教育局规定,第二阶段学生(四至六年级)都必须参加学校课外活动。
1.2        2013 年度课外活动将于119日(星期六)开始进行。上课时间为上午715分至上午10
             30分。学生必须于上课时间15分钟前到校报到。有关课外活动之相关信息将按时传达
             给学生。
1.3        由于学生人数日益增加,希望家长们在接送孩子方面能给予合作,请妥当安排接送时间与地点(校门),并请勿随处停放车辆,以免妨碍交通。
1.4        为了孩子们的安全,恳亲家长们给予合作,带孩子进入校园后,请家长们不要逗留在食堂或校园里等候孩子们放学。也提醒家长,学生们进入校园参加任何活动,都必须穿上制服或学校运动衣,方便老师们确认学生身份。
1.5        请按此察看时间表

2.  农历新年挥春及庙会活动

      为了配合欢庆农历新年,126(星期六)进行的第二次课外活动时,学校将举办挥春及庙
会活动,借此让学生们更了解农历新年的文化。当天的活动将进行至上午1130分,希望家
长们按照时间到校接孩子。


谨此告知。


蒲种哈古乐国民性华文学校

PENGUMUMAN

1. Aktiviti Gerakerja Kokurikulum Murid tahun 4, 5 Dan 6

1.1          Seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, semua murid Tahap 2 (murid Tahun 4 hingga Tahun 6) adalah wajib untuk menyertai aktiviti-aktiviti Gerakerja Kokurikulum.
1.2         Sehubungan itu, aktiviti Gerakerja Kokurikulum sekolah ini akan bermula pada 19 Januari 2013 (hari Sabtu). Masa aktiviti adalah dari jam 7.15 pagi hingga jam 10.30 pagi. Murid-murid yang terlibat digesa hadir ke sekolah 15 minit sebelum aktiviti gerakerja kokurikulum bermula.  Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
1.3         Untuk makluman, bilangan murid sekolah ini kian bertambah.  Maka pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga memberi kerjasama dalam urusan menghantar dan menjemput pulang anak terutamanya masa dan tempat (pintu sekolah) untuk menjemput anak.  Minta kerjasama ibu bapa/penjaga supaya tidak meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang boleh mengganggu lalu lintas.
1.4         Demi menjaga keselamatan murid-murid, setelah menghantar anak-anak ke sekolah, ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan menunggu anak-anak di kantin atau dalam kawasan sekolah. Untuk memudahkan guru-guru mengenal murid-murid, murid-murid harus memakai pakaian seragam atau pakaian sekolah semasa menyertai aktiviti di kawasan sekolah.

2. Aktiviti Sempena Menyambut Tahun Baru Cina

Aktiviti gerakerja kokurikulum kali yang ke-2 akan dijalankan pada 26 Januari 2013 (Sabtu).  Pada hari itu, kita akan mengadakan aktiviti menyambut Tahun Baru Cina. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan termasuk menulis kaligrafi dan pameran tradisi Tahun Baru Cina.  Oleh itu, waktu sekolah bersurai pada hari itu akan dilanjutkan sehingga jam 11.30 pagi. Ibu bapa/ penjaga diminta menjemput anak mengikut masa yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA