学生确诊新冠肺炎通知 PEMBERITAHUAN KES POSITIF COVID -19 MURID

 敬致 :全体学生家长/监护人

 

学生确诊新冠肺炎通知

谨此通知,本校有两位学生于 2/4/2021 在某安亲班感染并确诊新冠肺炎。校方依据标准作业程序处理这两位学生对新冠肺炎呈阳性的事件。县卫生局指示,这两位学生必须在家隔离 10 天。本校另有 12 位学生也在同一个安亲班,经过测试是没有被感染。经教育部官员和卫生局劝告,这 12 位没被感染的同学也必须隔离 10 天。

 2.             校方明白家长的担忧,校方遵守卫生局指示,每天都进行消毒工作。校方会尽力照顾每一位学生的安全,确保同学依据 3W 3C 的防护工作。学生的安全永远放在第一,所以孩子们在学校上课是安全的。

 3.                        日后如果有学生确诊或密切接触的事件,请家长立刻通知校方,按照指示自行隔离,以保护大家的安全。

 4                         敬请家长也协助做好防护工作,不要把病毒带回家。孩子的安全是我们大家的责任。大家做好防护工作、勤洗手,时刻保持安全距离并保持健康。

 5.                      一切不便,尽请原谅。 谨此知会,敬请垂注。谢谢。

   

深静(哈古乐)国民型华文学校

 池慧芬校长 谨启



Kepada : Semua Ibu bapa / Penjaga

 

PEMBERITAHUAN KES POSITIF COVID -19 MURID

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 2.                      Dimaklumkan bahawa 2 orang murid sekolah kita telah disahkan positif covid 19 pada 2/4/2021. Punca jangkitan adalah dari sebuah pusat jagaan. Pihak sekolah telah mengambil tindakan berpandukan SOP dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah dengan mengkuarantin 2 orang murid tersebut selama 10 hari. Selain 2 orang murid itu, terdapat 12 orang murid yang juga berada di pusat jagaan yang sama telah menjalani ‘swab test’ dan disahkan negatif. 12 orang murid tersebut juga perlu menjalankan kuarantin di rumah selamat 10 hari mengikut nasihat PKD.

 3.                    Untuk makluman ,pihak sekolah menjalankan kerja-kerja pensanitasian dan pembasmian kuman di sekolah setiap hari.Pihak sekolah sentiasa menjaga keselamatan murid dan memastikan anak murid mematuhi SOP dan mengamalkan 3W iaitu Wash,Wear & Warn dan elakkan 3C iaitu Crowded Space, Confined Space & Close Conversation .Pihak sekolah mengutamakan keselamatan murid dan mempastikan sekolah merupakan sebuah tempat yang selamat untuk belajar.

 4.                        Pihak sekolah mengharapkan bantuan dan kerjasama dari ibu bapa jika anak disahkan positif atau ada kontak rapat dengan pesakit covid-19 ,sila hubungi sekolah dengan kadar segera. Murid perlu menjalankan kuarantin mengikut arahan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

 5.                         Pihak sekolah juga menyeru agar ibu bapa sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan yang terbaik untuk memastikan anak jagaan sentiasa dalam keadaan sihat serta bebas dari jangkitan . Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama . Kita harus mamatuhi SOP dan menjaga kesihatan masing-masing.

 6.                      Sekian ,dimaklumkan. Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

   

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

  

Saya yang menjalankan amanah,

 CHEE FOOI FOON

 Guru Besar SJKC Shin Cheng ( Harcroft)