通告:综合事宜2




1.  清明节特假
     四月五日(星期五)为清明节特假,本校放假一天,四月八日(星期一)照常上课。

2.  补课事宜
     温馨提醒,四月二十七日(星期六)为农历新年假期的第二次补课日,将根据星期五时间表上课,吁请家长们按照所规定的时间接送贵 子女上学与放学,放学时间如常,即上午班二年级为中午十二时半,五和六年级为下午一时;下午班为下午六时二十分。

3.  家教协会捐血运动
     本校家教协会与Adventist Community Health Centre配合中央医院国家血库中心,订于四月十四日(星期日)上午九时三十分至下午二时三十分在本校活动中心举行捐血运动。祈望各位家长和热心人士的响应,让这项运动能圆满成功。

4.  第一次校本评估考试(学校评审)事宜
     一、二和三年级将于四月二十三日和二十四日及四月三十日至五月三日,四、五和六年级将于四月二十三日至二十五日及四月三十日至五月三日,举行第一次校本评估考试。请参阅已发出的评审时间表。希望家长们督促贵 子女温习功课,以期孩子能考取理想的成绩。

谨此告知。


PENGUMUMAN


1.  Cuti Peristiwa sempena Hari Cheng Beng
     Dimaklumkan bahawa 5 April 2013 (Hari Jumaat) adalah Cuti Peristiwa sempena Hari Cheng Beng (Hari Menziarahi Kubur kalendar Cina).  Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 8 April 2013 (Hari Isnin).

2.  Kelas Berganti Kali Kedua sempena Cuti Berganti Tahun Baru Cina
 Dimaklumkan bahawa 27 April 2013 (Sabtu) adalah Kelas Berganti. Diharap tuan/puan akan menghantar anak/anak-anak tuan/puan untuk menghadiri kelas berganti ini mengikut masa yang ditetapkan.  Jadual kelas hari tersebut adalah mengikut jadual waktu hari Jumaat. Masa bersurai adalah seperti biasa iaitu jam 12.30 petang bagi Tahun 2 dan jam 1.00 petang bagi Tahun 5 dan 6 sesi pagi dan 6.20 petang bagi kelas sesi petang.

3.  Kempen Menderma Darah anjuran PIBG Sekolah
     PIBG sekolah bersama Adventist Community Health Centre dan Pusat Darah Negara akan mengadakan Kempen Menderma Darah pada 14 April 2013 (Ahad) jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang di Pusat Aktiviti Sekolah.  Ibu bapa dan orang ramai adalah dijemput memberi sokongan dalam kempen menderma darah ini.

4.  Pentaksiran (Peperiksaan) Berasaskan Sekolah Kali Pertama
Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kali pertama akan diadakan pada 23 dan 24 April 2013 bagi Tahun 1 hingga Tahun 3 dan 23 hingga 25 April 2013 bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 serta 30 April 2013 hingga 3 Mei 2013 bagi semua kelas.  Sila rujuk kepada Jadual Pentaksiran PBS yang telah diedarkan.  Harap tuan/puan dapat menggalakkan anak-anak supaya membuat ulangkaji pelajaran bagi menghadapi pentaksiran sekolah.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA